Sign In
Web Creator

MAJLIS TADARUS ROMBONGAN KHEDN DAN MPK DI DAERAH TEMBURONG

04.jpeg

Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya berserta Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Tahun 1446H/2025M di Daerah Temburong telah diadakan pada hari Rabu, 11 haribulan Ramadan 1446H bersamaan dengan 12 haribulan Mac 2025M bertempat di Pos Dakwah Kampung Selapon, Daerah Temburong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya serta Pemangku Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong berserta penduduk kampung sekitarnya.

Majlis dimulai dengan majlis bacaan Tadarus Al-Quran dan Bacaan Tahlil serta Doa Selamat dipimpin oleh Yang Mulia Haji Hazimin bin Haji Metali, Ketua Unit Dakwah Temburong.

Majlis diteruskan dengan penyampaian wakaf dan derma kepada anak-anak yatim yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Sebelum mengakhiri majlis rombongan mengadakan sembahyang Fardu Asar berjemaah.

Majlis ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang erat di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya berserta ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim/Kampung dan pemimpin akar umbi serta menyemarakkan lagi bulan suci Ramadhan.

02.jpeg05.jpeg
 

Created at 15/03/2025 10:45 PG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 15/03/2025 10:45 PG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Berita Terkini //